Wednesday, December 30, 2009

Jemputan Walimatul Arus Kepada Semua Sahabat Yang Mengenali





Alhamdulillah, insyaAllah CK akan melangsungkan pernikahan pada 6hb Februari 2010 bersamaan 21 Safar 1431.Dijemput kepada semua yang mengenali untuk sama-sama memeriahkan sambutan majlis kami pada 7hb Februari 2010 bertempat di Dewan Kompleks Belia Cheras Kuala Lumpur.Doakan semoga pernikahan ini diberkati Allah dan berkekalan selamanya.Amin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, October 7, 2009

Open House ILMAM

Ahad 3 oktober lepas, CK berpeluang beraya dengan adik beradik BKAWM yang bercuti di Malaysia.Program Open House anjuran Bakti Siswa,BKAWM dan ILMAM cawangan Wilayah persekutuan dengan kerjasama pihak Jameiyyah Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun masa bermula agak lewat.Ucapan terima kasih kepada pihak Jameiyyah kerana sudi menyediakan tempat bagi kami anak-anak Wilayah Mesir berkumpul.Yang paling penting ukhwah kami dengan ahli BKAWM tidak putus samada yang telah pun tamat pengajian atau yang masih meneruskan perjuangan di bumi anbiya’.



Sebahagian ahli BKAWM yang hadir pada hari tu ; kak fizah,kak durrah,kak hawa dan Mardhiah (ydph BKAWM 08/09)



Geng2 Smidu dan Kidu (kawan2 kak ngah)



Masing2 sibuk mengisi borang keahlian ILMAM –Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar Mesir cawangan Wilayah Persekutuan.



Sahabatku Syazwani,dia x berpeluang ikut program hari raya Ilmam sebab sibuk membantu majlis walimah anak perempuan Ustaz Badrul Amin..makin berisi kawan CK sorang ni..hehe..Ingatkan nk jmpe Naishim&Azhan kat sana (kwn CK yang agak rapat dengan Ustaz Badrul Amin) tpi sebab de hal2 tertentu dia xdpt hadir..tpi xperlah lgpun kitorg dh beraya awal lgi..heheh

Hari tu memang hari yang cukup membahagiakan CK sebab dapat jumpe dengan kawan2 yang jarang sangat jumpe kecuali bile ade majlis2 macamni.Moga ukhwah antara kami berpanjangan sehingga akhir hayat.Amin.InsyaALLAH ade rezki jumpe lagi..Miss U All.

Saturday, September 19, 2009

Amalan Sunnat Di Pagi Syawal

Selamat Menyambut Eidul Fitri Al Mubarak kepada seluruh umat Islam.Hari kebesaran dan kemenangan hamba Allah SWT yang beriman dan bertaqwa yang berjaya melepasi ujianNYA disepanjang Ramadhan.Raya2 jugak tpi jgn membazir yer (",)

Walaupun Ramadhan sudah berakhir tak bermakna kita tak dapat menambahkan pahala.Dibulan Syawal ini kita dianjurkan utk melakukan bbrpa amalan sunnat sebagaimana yang dianjurkan Islam.Diantaranya :

1) Perbanyakkan bertakbir dan memuji Allah SWT di malam raya bermula terbenamnya matahari di akhir Ramadhan - kita digalakkan supaya banyak beribadat di malam harinya dengan amalan2 sunnat seperti berzikir,mmbaca AlQuran,tahajud dan sbgnya. (bukan bersengkang mata semata2 utk buat kuih raya,psg langsir xpun duk depn tv selagi siaran blm hbis..huhuh)

2) Membersihkan diri dan memakai wangi wangian dipagi Raya.Sunnat juga memakai pakaian baru - haa, part ni mmg ramai org suka tmbh2 budk2 xkurg juga mak bapak budk.msing2 seronok bergaya dipagi raya sampai terlupa nak smbhyang raya.ape2 pun nak bergaya biarlah bersederhana jgn sampai thp bertabaruj dan melupakan ciri2 berpakaian sebagaimana yang Islam anjurkan.

3) Menjamah sedikit makanan sebelum ke Masjid utk menunaikan solat sunat hari raya -tapi kebanyakan kita ni bila makan dah tak kuar2 rumah. Maklumlah nak Qada' sebulan tak sarapan pagi..huhu..

4) Ziarah menziarahi jiran tetangga,sanak saudara dan rakan taulan dihari raya sangatlah dituntut krna amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ummat Islam - ziarah2 jugak tapi jgn pulak topic2 hangat tntg kawan2 dijadikan bahan bualan.hilang pula pahala tpi diganti dosa.nauzubillah.

5) Mengucapkan selamat antara satu sama lain.Semoga Allah SWT menerima segala amalan yg telah dilakukan disepanjang Ramadhan "Taqabbalallahu minna waminkum.Amin" - CK mohon maaf tak sempat nak hantar kad raya pada sahabat2.dunia dah canggih mesej ajer..hihih..

6) Melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang setelah selesai melakukan ibadat.

Banyak lagi amalan-amalan sunnat yang boleh kita amalkan ini hanyalah diantaranya.Walaupun tidak mampu utk mengamalkan semuanya janganlah ditinggalkan semua.Allah lebih suka jika kita melakukan walaupun satu amalan tetapi berterusan serta ikhlas dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Kepada Sahabat Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.Pondok usang ni terbuka utk menerima kunjungan semua.Semoga kita dipanjangkan usia utk bertemu Ramadhan seterusnya.Selamat beribadat dan beramal.

Ingin CK ingatkan kepada semua ,jgn lupa bayar zakat fitrah yang di WAJIBKAN .Pusat zakat masih dibuka (",)

"Tingkatkan prestasi hanya untukMu Rabbi"

Thursday, September 17, 2009

Ramadhan yang terakhir

Salam Ramadhan kepada sahabat semua.Lame benor CK menyepikan diri.Xsempat nak masukkan post baru.Maklumlah dah nak akhir tahun ,student sibuk nak exam tambah2 student PMR dan SPM jadi masa2 berbaki mereka ni di habiskan dengan aktiviti latih tubi dan gerak gempur.Guru2 xkurang sibuknya nk kne siapkan soalan2 latih tubi mrk.Klu x CEMERLANG jugak budk2 ni xtau lah..huhu pe2 pon kejayaan seseorang itu akan diberikan hasil dari USAHA yang diiringi DOA n TAWAKAL kpd Allah.

Bbrpa hari shja lgi Ramadhan mula meninggalkan kita.Beruntunglah bg mereka yang menyambut kedatangannya dengan ibadat yg ikhlas dan bersungguh demi mencapai redhoNya namun kerugian bg yang membiarkannya pergi tanpa meninggalkan secebis nilaian berharga malah yang diperolehi hanyalah lapar dan dahaga.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda Baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan yg dilakukan di bulan ramadhan akan digandakan oleh Allah SWT malah setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala sama seperti mengerjakan amalan fardhu.

Marilah sama2 kita rebut peluang ini sementara Ramadhan masih berbaki.Semoga Ramadhan ini kita mendapat Rahmah, maghfirah serta membebaskan kita dari api neraka.

Wednesday, August 5, 2009

ISA oOo ISA...

Rata-rata ini ramai benar yang menceritakan perihal ISA.Apa yang CK ingin nyatakan disini bukanlah untuk memporak perandakan dunia apatah lagi memberi peluang kepada masyarakat untuk saling menyalahkan.Apa yang ada hanyalah sebagai perbincangan ilmuan dan nilaian dari seorang penuntut ilmu Allah yang Maha Luas ini.

Apa itu ISA?

Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.

Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.

Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.

Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.

**catatan oleh pemudamalaysia.blogspot.com

Ulasan CK

ISA adalah satu akta yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menahan mereka tanpa bicara yang dianggap sebagai penjenayah negara.Mereka dianggap telah mencabul keamanan negara dengan sesuatu yang bersifat perpecahan rakyat dan sebagainya.

Pandangan seorang tahanan ISA

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menilai sesuatu hanya melalui 'dengar2 kata orang'.Oleh itu,CK bawakan disini pandangan seorang bekas tahanan ISA dimana telah pon selamat dari tahanan itu beberapa tahun yang lalu.CK juga mendengar sendiri luahan hati anak kepada bekas tahanan ini ketika kami sama-sama menuntut disebuah institusi di Terengganu dahulu.

Dicatat oleh Saari Sungib
Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa ISA, mereka menegaskan bahawa ISA adalah instrumen yang digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang.

ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan. Kepada pihak yang menguatkuasakan ISA, khususnya polis Cawangan Khas, atau Special Branch (SB), mereka dengan penuh angkuh mengatakan bahawa kalau tiada ISA sudah lama negara ini hancur!

Bagi mereka, ISA benar-benar digunakan untuk menjaga keselamatan negara!! Bahkan, menurut mereka ISA adalah satu undang-undang yang amat istimewa. Ini kerana ISA boleh digunakan sebaik sahaja seseorang itu baru sahaja berniat untuk melakukan perkara yang akan memudaratkan keselamatan negara.

Kata mereka, ISA dapat mengelakkan negara daripada menanggung ancaman keselamatan daripada sesiapa sahaja yang berniat mahu merosakkan negara. Bahkan pihak SB menegaskan bahawa gabungan pakatan ASEAN dan ISA adalah sistem dan undang-undang yang menjamin keselamatan negara. Di mana pakatan ASEAN menghalang kemasukan musuh dari luar dan ISA pula mengusir anasir-anasir luar yang sudah berada dalam negara untuk keluar meninggalkan negara ini.

Untuk melihat dengan lebih lanjut sila layari www.ummahonline.wordpress.com

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa apa sahaja pindaan dan perubahan yang dilakukan terhadap ISA, selagi ISA kekal sebagai ISA, ianya adalah menyalahi dan mencabuli hak asasi manusia.

Mursyidul Am PAS itu dalam ucapannya di Kota Bharu menjelaskan bahawa kerana ISAlah beliau menceburkan diri dalam politik. Ini kerana pada masa itu ramai para ulamak ditahan di bawah ISA. Dengan keinsafan untuk terus menentang kezaliman beliau bergiat aktif dalam PAS. Hingga kini terbukti PAS amat komited untuk menerajui segala usaha ke arah pemansuhan ISA.

Pemimpin yang Adil

Sebagai pemimpin atau mereka yang bertanggungjawab untuk menentukan hukuman keatas seseorang yang dianggap pesalah perlulah mencari bukti-bukti sohih yang menunjukkan pesalah benar-benar bersalah.Pesalah berhak mengemukakan bukti sekiranya ada yang menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak bersalah selama mana ia dibicarakan.Sebagaimana seorang wanita dizaman Rasulullah SAW yang telah dituduh berzina telah diminta untuk mengemukakan bukti bahawa ia telah pon berzina.Setelah gagal mengemukakan 4 saksi mereka yang menuduh telah dijatuhkan hukuman Qazaf kerana telah menuduh seseorang berzina dengan tidak cukup saksi.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Point utamanya disini iaitu KEADILAN seorang hakim/qadhi/pemimpin dalam menentukan satu2 kesalahan.Pesalah akan dibicarakan,dan ketika itulah segala bukti akan dikemukakan untuk menunjukkan samada si pesalah benar-benar bersalah ataupun sebaliknya.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Islam merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mampu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Sebagai contoh Rasulullah SAW telah menolak diringankan hukuman potong tangan keatas Fatimah Bt Al-Aswah seorang bangsawan dari Bani Makhzum yang telah mencuri.Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW seorang pemimpin dunia yang adil serta taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan padanya.Tidak kira samada pesalah dari kalangan bangsawan,pemimpin dunia,sahabat,mahupun rakyat biasa.Semuanya dihukum dengan adil mengikut ketetapan Allah SWT.

Mungkin mereka akan berkata..itu Rasulullah seorang nabi yang Allah kurniakan kemuliaan kepadanya sedangkan kita manusia biasa.Ya, benar seperti apa yang dikatakan tetapi Rasulullah juga adalah mahkluk yang diciptakan Allah.Rasulullah diciptakan Allah untuk dijadikan ikutan dan contoh kepada kita.Bukan hanya juz'ie(separuh) tetapi kulli(menyeluruh).Bukan hanya bab munakahat,muamalat bahkan perundangan semuanya perlu diambil kira dan dijadikan panduan.


Kenapa 'MEREKA' dan kenapa tidak 'MEREKA'???

Jika diteliti,bekas-bekas tahanan ISA kebanyakannya adalah dari kalangan pembangkang kerajaan,tidak salah jika CK katakan mereka adalah golongan yang inginkan keadilan,kebenaran dan mahukan hukum Allah tertegak dimuka bumi ini.

Tetapi kenapa mereka yang disumbatkan ke ISA? Adakah kerana mereka ini pembangkang kerajaan? Adakah kerana mereka ini tidak setuju dengan sistem pemerintahan negara? Adakah kerana mereka ini akan menggugat kedudukan negara? Kerana itulah ramai yang menyangka bahawa ISA adalah satu agenda negara yang digunakan untuk menutupi kesalahan bahkan membiarkan mereka terus memimpin negara tanpa membenarkan orang lain bersuara.

Seandainya ISA dikatakan akta undang-undang negara yang bertujuan untuk menahan mereka yang menggugat keamanan negara, adalah lebih patut dan utama jika golongan artis dan modeling serta para penyokong dan pengagungnya lebih dahulu disumbatkan didalam ISA.Mereka bebas mendedahkan aurat serta mengamalkan cara hidup barat.Kerana keamanan yang dituntut bukan sahaja dari segi keselamatan dari pengkhianat negara tetapi keamanan dalam kehidupan yang memiliki norma-norma beragama.Itu yang lebih utama.

Adakah mereka tidak memikirkan bahawa golongan sebeginilah yang telah menggugat keamanan agama.Mereka bebas mengamalkan cara hidup mereka sehingga tidak terlihat disitu ciri agama Islam seperti yang telah digariskan oleh Allah SWT.Manusia akan melihat manusia akan menilai.Dengan keadaan mereka sebegitu memberi peluang kepada rakyat untuk meniru malah mempelbagaikannya sehingga manusia kabur dan buta untuk menilai apa yang dituntut dalam agama.Mereka inilah penjenayah yang perlu disoal siasat yang perlu dipimpin agar kembali mengagungkan syariat yang telah Allah tetapkan.Pada pemikiran CK,ISA perlu dipinda dan di fikirkan kembali dalam erti kata yang lebih luas siapakah golongan yang menggugat keamanan negara.Tepuk dada tanyalah IMAN.

Firman Allah s.w.t. :
"Demikianlah kami jadikan kamu umat yang pertengahan iaitu umat yang adil supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi kepada kamu".

(Al-Baqarah : 143)

Allah SWT menjanjikan dalam sebuah hadits riwayat Abu Hurairah bahwa,
"pemimpin yang adil termasuk salah satu diantara 7 (tujuh) golongan yang dinaungi-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya"

Sebaliknya, ancaman bagi pemimpin yang dzalim dijanjikan pula melalui sabdanya,
Dua golongan dari umatku yang tidak akan memperoleh syafaatku iaitu pemimpin yang dzalim lagi penipu dan orang yang melampaui batas dalam urusan agama, sedang agama berlepas diri dari mereka.”

(HR At-Thabari).

Allah SWT juga “mengutuk” orang-orang yang dzalim melalui salah satu ayatNya,
Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang dzalim

(Huud : 18)

Sementara dalam ayat yang lain Dia menyuruh kita melakukan keadilan,
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil

(An-Nahl : 90)

Orang-orang yang akan dikasihi Allah dan yang paling dekat di sisi-Nya adalah pemimpin yang adil, dan yang bakal menerima azab yang sangat pedih adalah pemimpin yang dzalim

(HR Tirmidzi)


Cukuplah disini CK menyuarakan pendapat.Segala yang CK nyatakan adalah hasil kajian serta hasil dari akal fikiran ini berfikir.Tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa sekadar mahu masyarakat berfikir dan menilainya sendiri.La'allabissowab.

Monday, August 3, 2009

Terjemahan Surah Asyyamsi



Teringat nasyid dr kumpulan SNADA,Demi Matahari.CK tertarik dengan lagu ni ketika satu program motivasi yang dianjurkan oleh sebuah agensi yang terdiri dari mahasiswa lepasan Universiti Malaya.Lagu ini dijadikan sebagai lagu tema program yang mana isinya cukup terkesan dijiwa kita sebagai hamba Allah yang lemah jika dibandingkan kekuasaan Allah meliputi sekalian cakerawala.

KekayaaanNYA melebihi segala isi dimuka bumi ini.Namum sifatNYA tidak pernah sekali meminta mahupun ingin dibalas.Sifat pemurah dan pengasihNYA pada hamba membuatkan insan sering alpa,sombong dan rakus mengejar kemewahan dunia. Malah sombong pada pencipta sehinggakan tidak lagi tunduk sujud padaNYA kerana sibuk mengejar kemewahan yang diharapkan. Wahai insani beringatlah,kita hidup bukan utk dunia semata tapi akhirat itu yang utama.Banyakkan amal ibadat dan bersyukurlah kerana apa yang kita dapat adalah kurniaan dr NYA.ok selamat menghayati nasyid ini..

Friday, July 24, 2009

Setia Seorang Isteri






Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Terbuku ruang hati mu

Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda

Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

p/s CK doakan kepada semua wanita2 bergelar isteri juga utk bakal2 isteri moga kita semua menjadi isteri yang diredhoi oleh suami. Penyejuk mata penawar hati dikala suka dan duka..syahdunya..
Lagu ni CK tujukan kpd shbt2 CK yg sudh berumah tgga.Buat..

Rosnaishim Bee
Jasrina
Jalilah
Erin
Kak Masyitah
Kak Sakinah
Kak Shuhada
Kak Zainab
Kak Solehah dan ramaii lagiii..Luv You All

Thursday, June 25, 2009

Bercuti di kolam "hotel Masjid"

Cuti mingguan ade sajer jemputan perkahwinan yg dihadiri CK sekeluarga.Hari minggu mmg xlekat kat rumah.Asyik kuar gi kenduri..Alhamdulillah dgn wujudnya pertalian yg suci ini maka menangislah iblis dan syaitan krn tidk dpt mggoda psgn2 ini lgi..namun agen2 iblis yg menunggu mrka yg sudah berkahwin xpernah berehat dan sentiasa menggoda utk memisahkan mrk pula..Jadi kpd para pengantin senior atau junior serta bakal2nya eloklah persiapkan diri dri.bukan saja luarannya malah dalamannya juga.

Agak janggal bila minggu ini tiada jemputan yg diterima. Boring pula bila tdk keluar kemana2 tambah2 Darwisy(anak saudara CK).Sibuk mengajak berjalan.Akhirnya dia meminta utk mandi di kolam renang "hotel masjid"heheh..itulah gelaran hotel Golden horses yg diberi oleh Darwisy..mana taknyer bentuk banggunan hotel xubah seperti kubah Masjid..huhu..kanak2 seusia mrk mengenali banggunan melalui bentuknya..klu ada kubah maknanya Masjidlah..



hotel 5 star yg sering dikunjungi warga asing..sewanya jgn dikatalah..baik tidur dirumah huhuh...CK dan kluarga tdk menginap cuma dtg melepaskan gian Darwisy nak berenang kuak lentang dan kupu2..heheh..mcm2 ragam Darwisy yg CK perhatikan..biarlah asalkan dia xmerengek bila balik nnti..








Wednesday, June 24, 2009

Jom berselawat

Sementara CK tggu ayah jemput balik sekolah,smpt jugklah bukk2 dan bace2 info.Nak ajk kwn chat xleh..huhh 'laman di block'..oklah tu..salah satu cara utk membanteras gejala melayari laman2 web porno dan tidak berfaedah..

CK terima satu email dr sahabt CK berkenaan faedah berselawat..jdi CK nk ajk sahabat2 sumer utk sama2 kita berselawat kpd Nabi Muhammad SAW..moga kita mendapat syafaat dari Baginda di akhirat kelak...amin

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarumitu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata," Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akanmelihatmu pada hari kiamat?"Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Nauzubillah..moga kita tidk tergolong dikalangan mereka yg bakhil...

Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)daripada langit sehingga orang yang berdoa itumengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluargaMuhammad."

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. denganmembawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu AllahTaala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-bendabercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepadaNabi s.a.w. :

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anakyang masih menyusu, dan sekarangaku sudah ditangkap sedangkan mereka sedangkelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan akusupayaaku dapat menyusukananak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau takbalik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidakbalik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatkusebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidakmengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkaudisisinya."

Lalu Nabi s.a..w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijangitubuat sementara waktu dan akujadi penjaminnya. "Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situsemula.

Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman:" Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dari kalangan umat Muhammad SAW.
Allahumma Solli a'la Saiyyidina Muhammad Wa a'la Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam (",)

Saturday, June 20, 2009

Khemah Ibadah

Alhamdulillah selesai prgm khemah ibadah slma 2 hri 1 malam yg berlangsung di Sekolah Agama Tasik Selatan dan Masjid Al-Muqarrabin KL.Peserta seramai 210 org terdiri dr pljr2 form 3 dan form 5 dr sekolah yg CK mngjr skrg ni.Jdi, mcm2 karenah pljr yg CK n guru2 lihat maklum sja lah nama pon prgm dan pljr2 CK kbnykan family backgroundnya dr kluarga yg berada.Wlupon bgitu, rmi jga yg redho n qanaah, prsaan tidk selesa dgn keadaan prgm hilang dsbbkan seronok bertemu rakan2 yg akan tggl bersama2 slma 2hri.

Perkhemahan ini dibwh kelolaan panitia Pendidikan Islam.Sbb tu CK agk busy 2,3 minggu ni.xdpt nk update blog.Lagi pun pljr2 CK bru hbis exam,sibuk nk check paper student,nak key in markah, nak urus prgm lgi.Silap CK juga cuti sekolah 2 minggu benar2 CK manfaatkan..huhu..

Nama pon khemah ibadah, pengisian lebih berbentuk Islamic dan aktiviti ibadah juga konsep ketuhanan perlu ditekankan,tp pandangan kbykn guru2 sekolah CK kurg berpuas hati dgn pengisian yg diberikan oleh pihak konsultan dan fasilitator.Objektif prgm tidak tercapai.Prgm khemah ibadah berubah mjdi prgm motivasi kcemerlangan+prgm realese tension (mklumlah bru lps exam..huhuh) Namun CK percaya,pihak konsultan dan fasi2 telah brusaha keras utk mmberi yg terbaik kpd semua pserta. Cuma perkhidmatan awal yg diberikan kpd pelanggan perlu diambil kira krn pelanggan akan menilai dan akn mmbuat pemilihan utk berurusan pd kali kedua ketiga dan seterusnya. Bg CK,mrka telah berjaya krn mampu menarik minat pljr utk mengikuti prgm tnpa rasa tension melalui crita2 lawak yg dibawa oleh fasi.

Semuanya mengharapkan syahsiah pljr Islam bertambah mantap semantap usia dunia globalisasi kini. Bila dunia semakin moden agama semakin ditinggalkan.Sedikit demi sedikit terhakis dek kesibukan mngejar duniawi. Paling mnyedihkan CK, bbrpa pljr wnita dpt dikesan sbb x solat subuh. Hanya 2 pljr yg mengaku bersalah dan demi ia adalah perintah wajib Allah CK perintahkan mrka keluar bersolat. Maunya CK dan bbrpa ustazah yg lain tak menyinga. Sanggup tgglkan perkara fardhu..bukannya mrka tak maklum tntg kewajibannya dan akibat meningglkn suruhan itu. Pgi tu kelihatanlah oleh pljr2 wajah singa mengaum..lbih ganas dr apa yg mrk fikirkan..huhuh...

Thursday, June 11, 2009

kenapa 'CK' ??

kpd sume sahabat sahabiah...CK tu cinta kristal lah..rmi shbt2 yg mngenali CK ttnye2 knpa 'cinta kristal'?..klu sblum ni cinta kristal dikenali rakan2 dgn cinta Agung..kali ni berubh kpda cinta kristal lak..namun cintaku pda Agung Allahu Rabbi xpenah luput ttp bersemadi dihati..cuma nama je bertukar..sbnrnye CK tu gbungn kpda friendster CK cintAgung85 [at] yahoo dgn YM kristal_tulip [at] yahoo .Bg yg blum mngenali CK leh lah add yer..sblm ni blog CK nama cintAgung.. tpi CK tukr ats sbb2 tertentu...hehe sbb ape yer??

klu dilihat dr segi makna CK @ cinta kristal tu,secara tersiratnye lah...sebuah cinta yg dijaga rapi seumpama kita mnjga kristal...kpd mrk yg mminati brgn kristal mcm CK ni psti tau..biler jmpe kristal tu mata xkedip..bukn sbb mata duitan inginkn brgn mhl2 tpi krna terpesona mliht kcntikn bntuk n kerdipn kristal tu..indahnya ciptaan Allah..sllunya brgn kristal ni akn dijaga rapi..brgn kristal mnede dijual dikedai2 biasa..yg ada mungkin tiruan dan ianya akn disimpn di dlm bekas kaca..bru nmpk blingbling..hehe..mmg dijaga rapi...itulah yg dimksudkan oleh CK sebuah cinta yg dijaga rapi..penuh dgn ksih syg,persefahaman,kejujuran dan sentiasa ingin mmberikan yg terbaik.

Cinta itu luas maknanya..Cinta kita pda Allah,Rasul,Islam dan sesama makhluk..jdi jgn ingt blog CK ni berkaitan dgn cintan cintun sesama manusia je..huhuh..yg pntg skli utk mndptkan cinta sbnr ssama makhluk kita perlu mnjga cinta kita pda Allah dan Rasul dhlu..itu yg pling utama..krna prsn cinta itu tdk akn hdir melainkan hnya Allah yg mencampakkan perasaan itu...mcmna kita nk dptkan cinta mnusia klu cinta kita pda Allah dan Rasul itu xdisemai dan dijaga rapi..teringat CK pada seseorg plk..hehehe

Itulah sebbnya kenapa CK...dan CK juga mnyimpn hsrt utk mnjdi bersinar sperti kristal jgk..klu bukn CK mgkin anak cucu cicit CK nnti..bersinar dgn ilmu dan akhlak Islam..amen ya Rabb..doakan yer sahabat2..

Wednesday, June 10, 2009

Pendidik Pembina Ummah

Harini CintaKristal nak citer tntg PENDIDIK...mmndgkn cinta kristal skrg ni bkerja sbg guru/pendidik mcm2lah rgm student yg cinta kristal jumpa...kdg2 teringat zaman persekolahan dlu..yerlah kita pon pernah jdi nakal mcm diorg jgk..tpi bila direnungkan kmbli pljr zaman dhlu lbih tkut dan hormt pd cikgu.nk pndg muka cikgu pun tkut..rasa sperti singa yg sedg mencri mangsa berada dihadapan kelas..huhu(tpi cinta kristal xpernh berguru dgn singa..kuikuikui)

berbeza dgn student skrg..mrk dh advance..cikgu dh mcm kwn..hilang rasa hormt..X kesian kt cikgu yg berdiri mngjr di depan..(klu cinta kristal dh lama toucher,mjur student cinta kristal dgr kata.wlupun kdg2 tu tersentuh hti jugk..huhuh)bersemngt cikgu mngjr smpi sakit2 tekak dibuatnya(mcm cinta kristal..heheh) tpi itu semua cabaran bg para pendidik...brulah kita tau bukn sng nk didik manusia 'menjadi manusia'. Itulah tugas pendidik..bersabar dan terus mendidik mrk sume utk mnjdi insan yg berguna utk agama dan negara.

oklah bg para pendidik disini ada bbrpa tips yg nk dikongsi bersama yg cinta kristal dpt smsa prgm Latihan Dalam Perkhidmatan.Moga mnjdi pnduan berguna bg para pendidik dan bakal pendidik(Ibu2 dan bakal ibu yg duk kt umh pun bleh guna tips2 ni sbb mrka adalah pendidik utama bg anak2 mereka)

1) Sifat yg perlu ada bg seorg pendidik/guru :

G = gigih
U = usaha
R = rajin
U = Unggul

p/s cinta kristal dlm usaha nk mmiliki sifat2 utama ni..huhuh

2) Ikhlaskan hati dlm mendidik.selain mengajar ilmu pengetahuan guru perlu berusaha mmbentuk personaliti/tingkah laku pelajar kearah yg lebih baik (bukan sekdr mncri rezki halal atau mmnuhi kuota institusi perguruan atau disbbkan xder keje lain nk buat)

3) Berketrampilan. Guru perlu mnunjukkan (bukan menunjuk2) kpd pljr sikp seorg pemimpin. mmpu mengawal keadaan kelas dan kwln keats diri ketika berhadapan dgn pljr2 yg bermasalah.bijak utk menangani mslh berkaitan pembelajaran peljr..(cinta kristal pon masih termagu2 lgi...heheh)

4) Bina persefahaman antra guru-pelajar.ketahui stail peljr2 dan cuba masuk dlm dunia mrk spya mudh utk dibimbing.

5) Jgn kritik atau aibkan pljr dpn pljr yg lain..wlupun pljr tlh mlkukn ksilpn kita tgur dia scra umum tnpa dikhususkan kpd sesiapa..ciptalah cerita2 yg bleh di ambil pngjrn.yg sbnrnya kita nk tgur ksilpn yg dia tlh lkukn

6) Berfikir diluar kotak (berfikiran terbuka).mrka yg berfikir didlm kotak akn mghasilkan seorg yg ego,mudh merasa selesa dgn diri sndiri (kononnya complete) dan cpt buruk sgka...huhuh terkena den

7) Berasa seronok dgn kerja yg dilakukan..anngaplah ia sbg satu ibadah supya kita dpt pahala..

Hadis Rasulullah SAW : "sebaik2 kamu mereka yg belajar AlQuran dan yg mengajarkannya"

Al-Quran dilgkpi dgn pelbagai ilmu smda ilmu duniawi mahupun ukhrawi.kedua2nya dituntut.oleh itu shbt2ku....guru akademik maupun guru agama sama shja peranannya

8) Sentiasa berusaha memperbaiki kualiti diri :

=> ada keberanian menghadapi risiko.risikonya bila berhdpn dgn pljr yg suka bertnya (penin jugk kpala cinta kristal tpi best dpt refresh ilmu2 yg dh kita bljr)..pe2 pon kne bersedia.kumpulkan ilmu...

=> berfikiran besar.bercita2 besar ( mujur badan xbesar..kuikuikui )

=> pengasas perubahan.mncri kaedah bru utk mngtsi mslh atau cra bru utk mendidik

=> tidk mudh jemu..

=> berjenaka.sense of humor spya xde rasa stress.cinta kristal rasa student yg stress dgn cinta kristal..wakakaka

=> penuh harapan.jgn hanya mengharapkan student dpt A dlm matapljrn je tnpa mnghiraukan kualiti mrk.

=> brni buat keputusan

=> gunakan kuasa dgn bijaksana.mntg2 pljr perlu hormt pd guru jgn plk guru ambil ksmptn buli pljr bwk buku,beli mknn,denda yg mmlukn n sbgnya.jgn zalim (peace no war..)

=> beriltizam.berterusan n sntiasa mningktkan kualiti diri.

ok tak tips yg cinta kristal bg?sama2lah kita manfaatkan.cinta kristal pon msih bljr utk mngubah diri.xdinafikan kdg2 tu emosi/stress mnguasai akal fikiran.pe2 pon cinta kristal seronok dgn kerja yg dilakukan.moga2 ilmu yg cinta kristal beri dpt dimnfaatkan dan digunakan sehinggalah mata ini terpejam .for all my student be the best.moga mjdi insan yg berilmu pngthuan.bukk cuti seklh ni jgn bg ustzh penin2 yaa...huhuh

4 golongan yang akan menegakkan agama-part 2

Sekian lamanya saya meninggalkan blog yg tidak di'update'..huhu..ats sebab2 tertentu..
oklah xnak ckp byk terus kpd smbungn drp part 1....

2) "Selama mana org fakir tdk menjual maruah dan agamanya"

Klu kita tgk skrg ni,bilngn org miskin dh terlalu rmi.Mana2 tempt msti ada terutamanya di ibu kota.yerlah kwsn2 mcmni jelah tmpt mrk nk cri mkn.Taraf hidup org miskin dan kaya pun sudh jauh bezanya.

Ada segelintir dr mrk ni yg sggup mngorbankan maruah n mnggadaikan nyawa dgn melakukan perkara2 yg tdk sepatutnya,sudhlah kkurngn hrta ditmbh pula dgn mlkukn pkerjaan2 yg hsilnya tdk diberkati n diredhoi Allah cnthnya dgn mencuri,berjudi,melacur diri dan sbgnya.

Tidk dpt dinafikan mgkin kemiskinn yg ditggunginya itu adalah takdir Allah ke atas hamba-hambaNya tpi adkh dengn melacur,mencuri sbgnya juga dikatakan takdir?Apakah tidk ada cara lain utk mndptkan rezki yg halal atau tidkkah Allah mmberikan kpd kita akal fikiran,kcerdikn dan kepandaian utk mnilai sglanya sehingga sggup mggadaikan maruah diri dan agama?

Tepuk dada tanya IMAN...

Sesungguhnya mrk yg mantap imannya jauh lbih berfkir.Ingatlah hrta yg dimakan hasil dr pkerjaan yg HARAM maupun SYUBHAH akan mmbntuk drh dgg skligus mlhirkan insan yg tidak berakhlak mulia mngikut acuan Islam.

Muslimin,muslimat,adik2,kakak2,golongan junior dan senior selagi mana pintu taubat masih terbuka luas ambillah waktu utk bertaubat.Fikirkan kesan yg akn ditggungi ketika didunia lbih2 lagi diakhirat.Mrk yg kurg hartanya nmun ttp redho dan qanaah(merasa cukup) dgn rezki yg ada lbih Allah sayangi dan kasihi drp mrk yg kaya raya hsil dr pndptn yg HARAM.wlupun mrka mlkukn kebjikan hasil dr harta itu namun tetap mendapat kemurkaan Allah krna ianya dimulai dgn sesuatu yg HARAM.

Bagi mrk yg msih menuntut..tuntutlah ilmu sbyk yg mungkin krna utk mndptkn kjyaan hidup didunia adlh bermula dr kepayahan mencari ilmu.wlupun penat,walaupun lelah ttpi ingatlah jgn smpi satu masa nnti kita sggup menggadaikan maruah dan agama disebabkan kemiskinan ilmu dan harta.Nauzubillah.

4 golongan yang akan menegakkan agama-part 1

Bila disebut tentang perjuangan ramai yg fikir perjuangan Islam terpundak dibahu institusi keagamaan seperti Ustaz2,Ustazah2,Penceramah,Tok Kadi,Tok Imam,Pemimpin.dan sbginya. Mereka yg lahir selain dr kepompong ini juga berpeluang utk membantu dan menegakkan agama Islam.

Nasihat Saidina Ali “ dunia dan agama itu boleh ditegakkan dgn 4 perkara ”:-

1) “Selama mana org kaya tdk bakhil dgn apa yg dianugerahkan kepadanya”

Mereka yg mempunyai harta yg byk perlu diingat bahawa hartanya itu ada haknya pada org lain samada dgn bersedekah, hadiah, tabaruk atau byrn zakat setelah cukup kadarnya. Harta atau brg yg kita berikan kpd seseorang bukanlah hak kita ttpi hak si penerima. Harta yg hilang atau dicuri itu juga bukan hak kita kerana apa yg ada di tgn kita belum tntu ia milik kita. Apa yg pasti harta yg telah kita blnjakan semalam atau hrini,yg telah dimakan semalam ,pgi dan tghri tdi itulah milik kita.

Nabi Allah Daud pernah berdoa “Ya Allah aku berlindung darimu harta yg nantinya akan mengenyangkan org lain tetapi hisabnya aku yg tanggung”

Nabi Daud berlindung dari mempunyai harta yg terlalu byk krna apabila Baginda wafat hartanya itu akn ditinggalkan dan menjadi milik pewarisnya. Baginda bimbang jika harta byk yg ditinggalkan itu akn digunakan ke tempat yg tidk sepatutnya dimana hisabnya akan ditanggung oleh Baginda sendiri.Lihatlah jika seorg nabi memohon pelindungan kpda Allah apatah kita sbg hamba biasa yg tidak mmpunyai mukjizat mahupun karamah perlu lebih berhati2 dengan harta yg ada.bykkan berdoa moga kita dilindungi dari sifat kikir yg akan merosakkan diri kita sndiri.

Kita perlu menganggap harta yg kita ada skrg bukanlah harta milik kita. Ia hanyalah pinjaman dr Yg Maha Esa.Jika Allah Yang Maha Pengasih mengurniakan kpd kita harta yg melimpah ruah jadi mengapa kita perlu sombong dan bakhil?Harta kita mgkin ada haknya pada org lain.

Perbanyakkanlah bersedekah kpd yg mmerlukan, usah terlalu kikir n sombong dgn harta yg dimiliki. Tunaikan perintah Allah dgn membayar zakat supya harta itu suci bersih dari sgla sifat mazmumah dlm diri. Harta yg ada kita belanjakan ke tempat yg diredhoi. Gunakan utk menegakkan agama Allah, utk Islam. Bantulah utk mendirikan Masjid, Kelas2 agama, rumah anak2 yatim , fakir miskin dan sebagainya.

Moga dgnnya kita mendapat rahmat dari Allah SWT.Amen.

Ya Rasulullah Ya Habibullah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan...

Hakikatnya,tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira..
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa...

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat....

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu..

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya..

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya..

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu....

Erti Cinta dan Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting, sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja, dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.

Tamat.

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Wassalam…

Rahsia khusyuk dalam solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Rebutlah 3 Masa berharga

Alhamdulillah Maha Suci Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih . Nafas yang diberi pinjam ini aku peruntukkan untuk mencurahkan sedikit ilmu yang tidak seberapa tapi kesannya amatlah mendalam.

Teringat aku ceramah seorang Ulama’ terkenal berkaitan dengan masa. 3 masa yang diberikan Allah kepada kita iaitu 'semalam','hari ini' dan 'besok'. Semalam, sudah berlaku dan telah berlalu itulah 'masa milik kita'.Hari ini, iaitu masa yang kita gunakan sekarang dan belum pasti kita dapat menyempurnakannya 24jam .Dan besok adalah waktu yang tidak dapat dijangka samada dapat kita lalui ataupun tidak sebagaimana hari ini. oleh itu,masa yang sedikit untuk hari ini kita perlu manfaatkan dengan sebaiknya kerana mungkin ia milik kita dan mungkin tidak.

Setiap orang ingin hidup lama, malah ada yg mengimpikan utk hidup beribu thn.Tak sedar dirinya sudah menjangkau waktu untuk kembali kepadaNya. Tengok muka dicermin, masih merah,tegang,agaknya lambat lagi…badan pun sihat!! Begitu agaknya lagak mereka yang tidak memahami takdir Allah. Kata orang ‘rumah kata pergi kubur kata mari’. Ingatlah hidup mati kita x dapt kita jangkakan. Ada yang ajalnya sampai sebelum menjelang usia,ada juga yang mati dalam keadaan sihat. Tapi apa yang sering ada di fikiran manusia mati bila dah tua mati bila sakit. Ada baiknya kita fikir bahawa mati sentiasa mengejar kita. Mungkin esok,lusa.bulan depan, thn depan atau mungkin seketika nnti.Sekurang-kurangnya kita sentiasa beringat tujuan kita dipentas dunia ini adalah utk mengaut keuntungan akhirat.

Firman Allah SWT maksudnya “Sesungguhnya Aku jadikan jin dan manusia ini hanyalah utk beribadat kepadaKu”

Kematian setiap insan pasti ada hikmahnya. Berbaik sangkalah kita kepadaNya kerana apa yang ditetapkan utk kita itulah yang terbaik. Oleh itu.perbanyakkan amal ibadat supaya ianya dpt membantu ketika amalan dihitung di Padang Mahsyar kelak seperti yang dijanjikan Allah bagi hambaNya yang Soleh dan Solehah.

Firman Allah SWT : “ Adapun orang yang berat timbangan kebaikan maka dia berada dalam kehidupan yg senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan kebaikan maka tempat kembalinya ialah neraka hawiyah”Surah Al-Qariah : 6-9

Daripada ayat ini ,marilah kita sama2 memperbaiki setiap amalan kehidupan kita dan memperbanyakkan amaln2 soleh yang akan mmberatkan timbangan kita di akhirat justeru menerima buku catatan amalan dgn tangan kanan. Gunakan masa sedikit yang amat berharga ini dengan sebaiknya. Teringat pesanan 'sahabat' yg byk mengingatkan aku.Katanya bykkan berzikir dan berselawat.Semoga tertanam dalam diri kita mahabbah dan kasih pd Allah SWT dan Rasulullah SAW.Terima kasih 'Rafiqie' moga dikau tergolong dikalangan hamba yg soleh n solehah.


Sabda Rasulullah SAW : “2 perkataan yang disukai Allah Yang Maha Pengasih, ringan pada lidah tetapi berat pada timbangan amalan (Al-Mizan) iaitu Subhanallah Wa bihamdih dan Subhanallahila’zim” – Riwayat al-Bukhari