Salam Ramadhan kepada sahabat semua.Lame benor CK menyepikan diri.Xsempat nak masukkan post baru.Maklumlah dah nak akhir tahun ,student sibuk nak exam tambah2 student PMR dan SPM jadi masa2 berbaki mereka ni di habiskan dengan aktiviti latih tubi dan gerak gempur.Guru2 xkurang sibuknya nk kne siapkan soalan2 latih tubi mrk.Klu x CEMERLANG jugak budk2 ni xtau lah..huhu pe2 pon kejayaan seseorang itu akan diberikan hasil dari USAHA yang diiringi DOA n TAWAKAL kpd Allah.
Bbrpa hari shja lgi Ramadhan mula meninggalkan kita.Beruntunglah bg mereka yang menyambut kedatangannya dengan ibadat yg ikhlas dan bersungguh demi mencapai redhoNya namun kerugian bg yang membiarkannya pergi tanpa meninggalkan secebis nilaian berharga malah yang diperolehi hanyalah lapar dan dahaga.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda Baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
Setiap amalan kebajikan yg dilakukan di bulan ramadhan akan digandakan oleh Allah SWT malah setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala sama seperti mengerjakan amalan fardhu.
Marilah sama2 kita rebut peluang ini sementara Ramadhan masih berbaki.Semoga Ramadhan ini kita mendapat Rahmah, maghfirah serta membebaskan kita dari api neraka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment