Saturday, September 19, 2009

Amalan Sunnat Di Pagi Syawal

Selamat Menyambut Eidul Fitri Al Mubarak kepada seluruh umat Islam.Hari kebesaran dan kemenangan hamba Allah SWT yang beriman dan bertaqwa yang berjaya melepasi ujianNYA disepanjang Ramadhan.Raya2 jugak tpi jgn membazir yer (",)

Walaupun Ramadhan sudah berakhir tak bermakna kita tak dapat menambahkan pahala.Dibulan Syawal ini kita dianjurkan utk melakukan bbrpa amalan sunnat sebagaimana yang dianjurkan Islam.Diantaranya :

1) Perbanyakkan bertakbir dan memuji Allah SWT di malam raya bermula terbenamnya matahari di akhir Ramadhan - kita digalakkan supaya banyak beribadat di malam harinya dengan amalan2 sunnat seperti berzikir,mmbaca AlQuran,tahajud dan sbgnya. (bukan bersengkang mata semata2 utk buat kuih raya,psg langsir xpun duk depn tv selagi siaran blm hbis..huhuh)

2) Membersihkan diri dan memakai wangi wangian dipagi Raya.Sunnat juga memakai pakaian baru - haa, part ni mmg ramai org suka tmbh2 budk2 xkurg juga mak bapak budk.msing2 seronok bergaya dipagi raya sampai terlupa nak smbhyang raya.ape2 pun nak bergaya biarlah bersederhana jgn sampai thp bertabaruj dan melupakan ciri2 berpakaian sebagaimana yang Islam anjurkan.

3) Menjamah sedikit makanan sebelum ke Masjid utk menunaikan solat sunat hari raya -tapi kebanyakan kita ni bila makan dah tak kuar2 rumah. Maklumlah nak Qada' sebulan tak sarapan pagi..huhu..

4) Ziarah menziarahi jiran tetangga,sanak saudara dan rakan taulan dihari raya sangatlah dituntut krna amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara ummat Islam - ziarah2 jugak tapi jgn pulak topic2 hangat tntg kawan2 dijadikan bahan bualan.hilang pula pahala tpi diganti dosa.nauzubillah.

5) Mengucapkan selamat antara satu sama lain.Semoga Allah SWT menerima segala amalan yg telah dilakukan disepanjang Ramadhan "Taqabbalallahu minna waminkum.Amin" - CK mohon maaf tak sempat nak hantar kad raya pada sahabat2.dunia dah canggih mesej ajer..hihih..

6) Melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang setelah selesai melakukan ibadat.

Banyak lagi amalan-amalan sunnat yang boleh kita amalkan ini hanyalah diantaranya.Walaupun tidak mampu utk mengamalkan semuanya janganlah ditinggalkan semua.Allah lebih suka jika kita melakukan walaupun satu amalan tetapi berterusan serta ikhlas dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.

Kepada Sahabat Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.Pondok usang ni terbuka utk menerima kunjungan semua.Semoga kita dipanjangkan usia utk bertemu Ramadhan seterusnya.Selamat beribadat dan beramal.

Ingin CK ingatkan kepada semua ,jgn lupa bayar zakat fitrah yang di WAJIBKAN .Pusat zakat masih dibuka (",)

"Tingkatkan prestasi hanya untukMu Rabbi"

No comments:

Post a Comment