Sementara CK tggu ayah jemput balik sekolah,smpt jugklah bukk2 dan bace2 info.Nak ajk kwn chat xleh..huhh 'laman di block'..oklah tu..salah satu cara utk membanteras gejala melayari laman2 web porno dan tidak berfaedah..
CK terima satu email dr sahabt CK berkenaan faedah berselawat..jdi CK nk ajk sahabat2 sumer utk sama2 kita berselawat kpd Nabi Muhammad SAW..moga kita mendapat syafaat dari Baginda di akhirat kelak...amin
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku,tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarumitu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata," Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akanmelihatmu pada hari kiamat?"Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
Nauzubillah..moga kita tidk tergolong dikalangan mereka yg bakhil...
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan)daripada langit sehingga orang yang berdoa itumengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluargaMuhammad."
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah'bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. denganmembawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu AllahTaala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-bendabercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepadaNabi s.a.w. :
"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anakyang masih menyusu, dan sekarangaku sudah ditangkap sedangkan mereka sedangkelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan akusupayaaku dapat menyusukananak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari.."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau takbalik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidakbalik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatkusebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidakmengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkaudisisinya."
Lalu Nabi s.a..w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijangitubuat sementara waktu dan akujadi penjaminnya. "Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situsemula.
Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman:" Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dari kalangan umat Muhammad SAW.
Allahumma Solli a'la Saiyyidina Muhammad Wa a'la Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam (",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment