Rata-rata ini ramai benar yang menceritakan perihal ISA.Apa yang CK ingin nyatakan disini bukanlah untuk memporak perandakan dunia apatah lagi memberi peluang kepada masyarakat untuk saling menyalahkan.Apa yang ada hanyalah sebagai perbincangan ilmuan dan nilaian dari seorang penuntut ilmu Allah yang Maha Luas ini.
Apa itu ISA?
Internal Security Act (ISA) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dirangka pada awalnya oleh R.H. Hickling dan dijadikan undang-undang pada tahun 1960. ISA telah dipinda sebanyak lebih 20 kali untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Kuasa mutlak bekenaan ISA telah diberikan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang membolehkan beliau menggunakan kuasa ISA untuk menangkap sesiapa pun, tanpa perlu merujuk kepada mahkamah. ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuatkuasa di Malaysia.
Ketika zaman darurat iaitu pada tahun 1948-1960, ISA telah dinamakan Ordinan (Peraturan) Darurat 1948 yang banyak menguatkuasakan langkah pencegahan terhadap gerombolan dan anasir jahat termasuk komunis, sama ada yang melakukan jenayah yang mengancam atau menggugat keselamatan negara.
Melalui ISA, pesalah boleh ditahan oleh pihak polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan atas sebab disyaki mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan sekaligus membolehkan penahanan terus dibuat tanpa perbicaraan. Kemudian, pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ini. Pada masa kini, mahkamah hanya boleh melihat semula akta ISA ini kepada beberapa perkara teknikal sahaja.
**catatan oleh pemudamalaysia.blogspot.com
Ulasan CK
ISA adalah satu akta yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk menahan mereka tanpa bicara yang dianggap sebagai penjenayah negara.Mereka dianggap telah mencabul keamanan negara dengan sesuatu yang bersifat perpecahan rakyat dan sebagainya.
Pandangan seorang tahanan ISA
Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kita menilai sesuatu hanya melalui 'dengar2 kata orang'.Oleh itu,CK bawakan disini pandangan seorang bekas tahanan ISA dimana telah pon selamat dari tahanan itu beberapa tahun yang lalu.CK juga mendengar sendiri luahan hati anak kepada bekas tahanan ini ketika kami sama-sama menuntut disebuah institusi di Terengganu dahulu.
Dicatat oleh Saari Sungib
Bagi mereka yang pernah menjadi mangsa ISA, mereka menegaskan bahawa ISA adalah instrumen yang digunakan oleh pemerintah untuk menakut-nakutkan aktivis-aktivis sosial, pengkritik kerajaan dan ahli-ahli politik pembangkang.
ISA juga dilihat sebagai instrumen dan perkakas yang digunakan oleh pihak yang berkuasa untuk menindas dan menyeksa mereka yang menentang dasar-dasar kerajaan. Kepada pihak yang menguatkuasakan ISA, khususnya polis Cawangan Khas, atau Special Branch (SB), mereka dengan penuh angkuh mengatakan bahawa kalau tiada ISA sudah lama negara ini hancur!
Bagi mereka, ISA benar-benar digunakan untuk menjaga keselamatan negara!! Bahkan, menurut mereka ISA adalah satu undang-undang yang amat istimewa. Ini kerana ISA boleh digunakan sebaik sahaja seseorang itu baru sahaja berniat untuk melakukan perkara yang akan memudaratkan keselamatan negara.
Kata mereka, ISA dapat mengelakkan negara daripada menanggung ancaman keselamatan daripada sesiapa sahaja yang berniat mahu merosakkan negara. Bahkan pihak SB menegaskan bahawa gabungan pakatan ASEAN dan ISA adalah sistem dan undang-undang yang menjamin keselamatan negara. Di mana pakatan ASEAN menghalang kemasukan musuh dari luar dan ISA pula mengusir anasir-anasir luar yang sudah berada dalam negara untuk keluar meninggalkan negara ini.
Untuk melihat dengan lebih lanjut sila layari www.ummahonline.wordpress.com
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa apa sahaja pindaan dan perubahan yang dilakukan terhadap ISA, selagi ISA kekal sebagai ISA, ianya adalah menyalahi dan mencabuli hak asasi manusia.
Mursyidul Am PAS itu dalam ucapannya di Kota Bharu menjelaskan bahawa kerana ISAlah beliau menceburkan diri dalam politik. Ini kerana pada masa itu ramai para ulamak ditahan di bawah ISA. Dengan keinsafan untuk terus menentang kezaliman beliau bergiat aktif dalam PAS. Hingga kini terbukti PAS amat komited untuk menerajui segala usaha ke arah pemansuhan ISA.
Pemimpin yang Adil
Sebagai pemimpin atau mereka yang bertanggungjawab untuk menentukan hukuman keatas seseorang yang dianggap pesalah perlulah mencari bukti-bukti sohih yang menunjukkan pesalah benar-benar bersalah.Pesalah berhak mengemukakan bukti sekiranya ada yang menunjukkan bahawa dia benar-benar tidak bersalah selama mana ia dibicarakan.Sebagaimana seorang wanita dizaman Rasulullah SAW yang telah dituduh berzina telah diminta untuk mengemukakan bukti bahawa ia telah pon berzina.Setelah gagal mengemukakan 4 saksi mereka yang menuduh telah dijatuhkan hukuman Qazaf kerana telah menuduh seseorang berzina dengan tidak cukup saksi.
Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.
Point utamanya disini iaitu KEADILAN seorang hakim/qadhi/pemimpin dalam menentukan satu2 kesalahan.Pesalah akan dibicarakan,dan ketika itulah segala bukti akan dikemukakan untuk menunjukkan samada si pesalah benar-benar bersalah ataupun sebaliknya.
Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Islam merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mampu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.
Sebagai contoh Rasulullah SAW telah menolak diringankan hukuman potong tangan keatas Fatimah Bt Al-Aswah seorang bangsawan dari Bani Makhzum yang telah mencuri.Ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW seorang pemimpin dunia yang adil serta taat dengan apa yang telah Allah SWT perintahkan padanya.Tidak kira samada pesalah dari kalangan bangsawan,pemimpin dunia,sahabat,mahupun rakyat biasa.Semuanya dihukum dengan adil mengikut ketetapan Allah SWT.
Mungkin mereka akan berkata..itu Rasulullah seorang nabi yang Allah kurniakan kemuliaan kepadanya sedangkan kita manusia biasa.Ya, benar seperti apa yang dikatakan tetapi Rasulullah juga adalah mahkluk yang diciptakan Allah.Rasulullah diciptakan Allah untuk dijadikan ikutan dan contoh kepada kita.Bukan hanya juz'ie(separuh) tetapi kulli(menyeluruh).Bukan hanya bab munakahat,muamalat bahkan perundangan semuanya perlu diambil kira dan dijadikan panduan.
Kenapa 'MEREKA' dan kenapa tidak 'MEREKA'???
Jika diteliti,bekas-bekas tahanan ISA kebanyakannya adalah dari kalangan pembangkang kerajaan,tidak salah jika CK katakan mereka adalah golongan yang inginkan keadilan,kebenaran dan mahukan hukum Allah tertegak dimuka bumi ini.
Tetapi kenapa mereka yang disumbatkan ke ISA? Adakah kerana mereka ini pembangkang kerajaan? Adakah kerana mereka ini tidak setuju dengan sistem pemerintahan negara? Adakah kerana mereka ini akan menggugat kedudukan negara? Kerana itulah ramai yang menyangka bahawa ISA adalah satu agenda negara yang digunakan untuk menutupi kesalahan bahkan membiarkan mereka terus memimpin negara tanpa membenarkan orang lain bersuara.
Seandainya ISA dikatakan akta undang-undang negara yang bertujuan untuk menahan mereka yang menggugat keamanan negara, adalah lebih patut dan utama jika golongan artis dan modeling serta para penyokong dan pengagungnya lebih dahulu disumbatkan didalam ISA.Mereka bebas mendedahkan aurat serta mengamalkan cara hidup barat.Kerana keamanan yang dituntut bukan sahaja dari segi keselamatan dari pengkhianat negara tetapi keamanan dalam kehidupan yang memiliki norma-norma beragama.Itu yang lebih utama.
Adakah mereka tidak memikirkan bahawa golongan sebeginilah yang telah menggugat keamanan agama.Mereka bebas mengamalkan cara hidup mereka sehingga tidak terlihat disitu ciri agama Islam seperti yang telah digariskan oleh Allah SWT.Manusia akan melihat manusia akan menilai.Dengan keadaan mereka sebegitu memberi peluang kepada rakyat untuk meniru malah mempelbagaikannya sehingga manusia kabur dan buta untuk menilai apa yang dituntut dalam agama.Mereka inilah penjenayah yang perlu disoal siasat yang perlu dipimpin agar kembali mengagungkan syariat yang telah Allah tetapkan.Pada pemikiran CK,ISA perlu dipinda dan di fikirkan kembali dalam erti kata yang lebih luas siapakah golongan yang menggugat keamanan negara.Tepuk dada tanyalah IMAN.
Firman Allah s.w.t. :
"Demikianlah kami jadikan kamu umat yang pertengahan iaitu umat yang adil supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi kepada kamu".
(Al-Baqarah : 143)
Allah SWT menjanjikan dalam sebuah hadits riwayat Abu Hurairah bahwa,
"pemimpin yang adil termasuk salah satu diantara 7 (tujuh) golongan yang dinaungi-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya"
Sebaliknya, ancaman bagi pemimpin yang dzalim dijanjikan pula melalui sabdanya,
“Dua golongan dari umatku yang tidak akan memperoleh syafaatku iaitu pemimpin yang dzalim lagi penipu dan orang yang melampaui batas dalam urusan agama, sedang agama berlepas diri dari mereka.”
(HR At-Thabari).
Allah SWT juga “mengutuk” orang-orang yang dzalim melalui salah satu ayatNya,
“Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang dzalim”
(Huud : 18)
Sementara dalam ayat yang lain Dia menyuruh kita melakukan keadilan,
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil”
(An-Nahl : 90)
“Orang-orang yang akan dikasihi Allah dan yang paling dekat di sisi-Nya adalah pemimpin yang adil, dan yang bakal menerima azab yang sangat pedih adalah pemimpin yang dzalim”
(HR Tirmidzi)
Cukuplah disini CK menyuarakan pendapat.Segala yang CK nyatakan adalah hasil kajian serta hasil dari akal fikiran ini berfikir.Tidak bermaksud untuk menyalahkan sesiapa sekadar mahu masyarakat berfikir dan menilainya sendiri.La'allabissowab.
Wednesday, August 5, 2009
Monday, August 3, 2009
Terjemahan Surah Asyyamsi
Teringat nasyid dr kumpulan SNADA,Demi Matahari.CK tertarik dengan lagu ni ketika satu program motivasi yang dianjurkan oleh sebuah agensi yang terdiri dari mahasiswa lepasan Universiti Malaya.Lagu ini dijadikan sebagai lagu tema program yang mana isinya cukup terkesan dijiwa kita sebagai hamba Allah yang lemah jika dibandingkan kekuasaan Allah meliputi sekalian cakerawala.
KekayaaanNYA melebihi segala isi dimuka bumi ini.Namum sifatNYA tidak pernah sekali meminta mahupun ingin dibalas.Sifat pemurah dan pengasihNYA pada hamba membuatkan insan sering alpa,sombong dan rakus mengejar kemewahan dunia. Malah sombong pada pencipta sehinggakan tidak lagi tunduk sujud padaNYA kerana sibuk mengejar kemewahan yang diharapkan. Wahai insani beringatlah,kita hidup bukan utk dunia semata tapi akhirat itu yang utama.Banyakkan amal ibadat dan bersyukurlah kerana apa yang kita dapat adalah kurniaan dr NYA.ok selamat menghayati nasyid ini..
Subscribe to:
Comments (Atom)
